Suara

Terkini
20/7/22
Selangor
Bantuan
Orang Asli

Sinar Harian: Selangor belanja lebih RM400,000 jaga kebajikan Orang Asli

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membelanjakan sebanyak RM407,337.50 untuk menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di negeri berkenaan sepanjang tahun lalu.


Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keseluruhan bantuan tersebut merangkumi kesejahteraan hidup, pendidikan serta bantuan keluarga.

Menurut beliau, dana disalurkan kepada penganjuran program gotong-royong, menaik taraf kemudahan asas dan juga projek kecil yang lain.


“Program pendidikan juga dilaksanakan di beberapa kampung dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Amirudin turut memaklumkan, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bantuan bakul makanan turut diagih kepada ketua keluarga Orang Asli.

Selain itu, beliau berkata, peruntukan khusus juga disediakan bagi pelaksanaan kerja ukur dan pewartaan tanah dan setakat ini, sebanyak 29 perkampungan Orang Asli Selangor melibatkan keluasan 1,672.67 hektar telah diwartakan.

“Kerajaan negeri komited menjaga kebajikan komuniti Orang Asli di samping mengangkat nilai serta maruah mereka. Perancangan serta usaha terus digandakan sesuai dengan pendekatan inklusif kepimpinan negeri,” tambahnya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.