Inisiatif

Terkini
5/8/22
Isu
Belanjawan Selangor 2022
Bantuan

Sinar Harian: 'Segera dapatkan nasihat psikiatri, kaunselor'

SHAH ALAM - Individu yang mengalami gangguan kesihatan mental diminta segera mendapatkan nasihat psikiatri dan kaunselor serta melakukan diagnosis dan intervensi awal di klinik kerajaan atau swasta bagi mencegah keadaan menjadi lebih buruk.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kerajaan negeri memandang serius isu tersebut dan memperkenal inisiatif Selangor Mental Sihat (Sehat) bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan.

Beliau berkata, rakyat dan penduduk di Selangor tidak perlu gusar mengenai kos rawatan kerana menerusi inisiatif yang ditawarkan semua perkhidmatan disediakan adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor.

"Saya menyeru kepada individu atau sesiapa yang mempunyai ahli keluarga atau pasangan mungkin mengalami masalah gangguan mental seperti tekanan, kemurungan atau kegelisahan segera hubungi Talian Hotline Sehat," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

Ujarnya, kenaikan ketara kes gangguan kesihatan mental banyak dicatatkan termasuk menerusi laporan media massa ketika pasca pandemik Covid-19 dipercayai akibat tekanan ekonomi, hilang pekerjaan, masalah keluarga dan lain-lain.

"Laporan media berhubung insiden bapa mencampak tiga anak di Kepong semalam (Rabu) sungguh meruntun hati saya.

Keratan akhbar turut dimuat naik Siti Mariah di laman Facebooknya pada Khamis.

Keratan akhbar turut dimuat naik Siti Mariah di laman Facebooknya pada Khamis.

"Sekalipun mangsa bukan warganegara, namun ia membabitkan nyawa apatah lagi melibatkan kanak-kanak tidak berdosa, sangat mengesankan bukan sahaja saya tetapi kita semua," katanya.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.