Media

Terkini
21/11/23
Selangor
Negara

Selangor Kini: Selangor sasar 100 peratus kawasan dapat liputan 5G menjelang 2025

SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan Negeri menyasar untuk menyediakan akses internet rangkaian 5G di seluruh kawasan menjelang 2025 bagi mencapai matlamat negeri pintar.

EXCO pembudayaan inovasi berkata menerusi usaha giat dilakukan menerusi kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Selangor bagi mendigitalkan komuniti.

“Sasaran capaian liputan 5G untuk tahun 2023 pada 96.3 peratus dan capaian pada masa kini 94.3 peratus.

“Negeri dengan kerjasama MCMC Selangor akan memberi tumpuan menyediakan capaian di kawasan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang kini mencatatkan capaian bawah 80 peratus,” kata Dr Fahmi Ngah.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Fahmi turut memaklumkan Kerajaan Negeri akan membina 35 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi merancakkan lagi ekonomi digital setempat bermula suku kedua tahun depan.

“Setakat ini 48 PEDi beroperasi di Selangor dan kita akan bangunkan 35 lagi di bawah seliaan MCMC Selangor yang tertumpu di daerah Petaling dan Klang. Ini menjadikan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai PEDi.

“Pusat ini dilengkapi dengan akses internet, bimbingan dalam penggunaan teknologi digital, latihan keusahawanan dan latihan teknologi maklumat (ICT) untuk membantu usahawan setempat menggunakan platform digital dalam operasi perniagaan masing- masing,” katanya.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.