Inisiatif

Terkini
20/3/23
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Negeri kenal pasti jalan terlibat, kerja turapan bermula Mac ini - EXCO

SABAK BERNAM, 19 MAC: Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti jalan raya bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) yang perlu diturap.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim berkata kerja turapan jalan besar-besar akan segera dilaksana mulai bulan ini membabitkan peruntukan RM50 juta.

“Kita sudah pun luluskan (peruntukan), malah kaedah akan digunakan dalam kerja penurapan juga sudah ada, tinggal pelaksanaannya sahaja.

“Sekarang proses terakhir iaitu mengenal pasti jalan-jalan terlibat di setiap daerah mengikut keutamaan. Kita akan buat mesyuarat dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang peringkat daerah Sabak Bernam di Bagan Terap, Sungai Besar di sini hari ini.

Pada 16 Januari lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan projek turapan jalan raya secara mega meliputi penyelenggaraan dan pelebaran jalan bawah kelolaan negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi aplikasi Twitter dengan menghantar gambar, menulis aduan dan disertakan dengan tanda pagar #infrasel #daerah #namajalan.

Sementara itu, Ir Izham berkata kerja pemasangan lampu jalan diod pemancar cahaya (LED) fasa dua juga akan dilaksanakan bulan ini.

“Kalau ada yang perlukan satu dua lagi (lampu LED), saya akan bagi,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.