Inisiatif

Terkini
5/10/22
Isu
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Infrasel baik pulih tiga jalan selepas 24 jam terima aduan

SHAH ALAM, 4 OKT: Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) membaik pulih tiga lagi jalan di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Agensi itu memaklumkan ketiga-tiga jalan itu diturap dan dibersih dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan daripada orang ramai di Twitter.

Kerja penurapan pada Isnin membabitkan Jalan Raja Musa, Kampung Jalan Lama Panchang Bedena, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Sehari sebelumnya, Infrasel membersihkan jalan menggunakan ‘road sweeper’ di Jalan Raja Musa, Kampung Bukit Belimbing, Daerah Kuala Selangor.

Pada 29 September, agensi membaiki dan menurap jalan menggunakan kaedah ‘cold in place recycling’ (CIPR) di Jalan Teluk Piah Kanan, Kuala Selangor.

Orang ramai diminta teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan di Twitter bersama tanda pagar #namajalan #daerah (jika) berlakunya kerosakan jalan raya tersebut.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi Twitter.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan proses pelaporan kerosakan jalan di Selangor dipermudahkan dengan aduan di platform berkenaan sebelum ditapis dan disemak secara automatik.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.