Inisiatif

Pendapat
16/9/22
Isu
Selangor

PERPUSTAKAAN KHAS KANAK-KANAK ISTIMEWA DI SELANGOR

Ilham DYMM Sultan Selangor untuk mendirikan sebuah perpustakaan yang turut menyediakan kemudahan dan aktiviti kepada kanak-kanak istimewa bakal direalisasikan. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal melaksanakannya di Perpustakaan Raja Tun Uda Fasa 2B, Shah Alam.

Jabatan ANIS (Anak Istimewa Selangor) akan turut dilibatkan bersama untuk membangunkannya. Ini bukan sekadar perpustakaan malah boleh menjadi pusat sehenti kepada anak-anak istimewa ini dalam membantu kos penjagaan yang tinggi.

Kerajaan Negeri akan mengusahakan setiap perpustakaan daerah mempunyai kemudahan sama supaya setiap lapisan masyarakat merasainya. Inisiatif yang unik ini sangat dinantikan dan pasti akan memberi manfaat besar kepada masyarakat kelak.

#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.