Media

Terkini
16/11/20
Belanjawan Selangor 2021

Penyelesaian Isu Pencemaran Air

Usaha untuk mengatasi berlakunya insiden pencemaran ini di masa akan datang, Kerajaan Negeri Selangor telah merancang beberapa langkah seperti berikut:

(1) Melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas, kilang-kilang terutamanya kilang haram berhampiran tebing sungai dirobohkan kerana berpotensi mencemarkan anak-anak sungai dan sungai-sungai di Negeri Selangor.

(2) Memperkemaskan lagi pemantauan lembangan sungai melalui tindakan-tindakan pengawasan (surveillance) termasuk dengan penggunaan dron, pengurusan data dan analisis kecerdasan buatan (artificial intelligence);

(3) Penubuhan Jawatankuasa Khas bagi memantau dan memastikan air sungai tidak dicemari dengan bahan kimia atau sampah sarap yang boleh menjejaskan bekalan air mentah kepada loji-loji rawatan air;

(4) Meneliti dan mengkaji semula prosedur dan tatacara penguatkuasaan berdasarkan bidang kuasa perundangan bagi memastikan tindakan undang-undang yang bersepadu dan lebih tegas dapat dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab;

(5) menambah baik Kolam Takungan HORAS 600 untuk digunakan sebagai mitigasi semasa berlaku pencemaran Sungai Selangor;

(6) menyegerakan cadangan pembangunan air mentah Sungai Rasau sebagai sumber air baru bagi mengurangkan penggantungan kepada bekalan air dari Sungai Selangor; dan

(7) membuat kajian terperinci bagi melaksanakan rawatan air mentah di Sungai Sembah sebelum air dilepaskan ke Sungai Selangor.


Ketahui bagaimana anda boleh manfaat dari Belanjawan Selangor 2021 dengan melayari amirudinshari.com/selangor2021

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.