Inisiatif

Terkini
29/9/22
Selangor
Isu
Bantuan
Banjir

Harian Metro: 2 PPS dibuka di Klang

Klang: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini, susulan banjir di beberapa lokasi berikutan fenomena air pasang besar.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, PPS bagi mangsa banjir Kampung Delek Baru adalah Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek.

"Bagi mangsa banjir Kampung Sungai Sireh Tambahan, mereka akan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sireh.

"Mereka yang terbabit boleh hubungi wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau terus ke PPS berkenaan," menurut Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah Klang (PTD), hari ini.

Pagi tadi katanya, penguat kuasa PDT Klang sudah membawa mangsa banjir di Kampung Sungai Sireh ke PPS berkenaan.

Sebelum ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan makluman berhubung paras air sepanjang September berikutan fenomena air pasang besar.

Pada hari ini, paras air laut dijangka 5.4 meter, antara 6.42 pagi hingga 7.49 pagi.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.