Suara

Terkini
15/9/20
Isu
Selangor

Berjumpa Pengarah JAIS dan CEO Lembaga Zakat Selangor berhubung isu elaun petugas masjid dan surau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi ini saya telah menerima taklimat daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhubung isu pelarasan elaun petugas masjid dan surau yang sedang ditularkan.

Saya difahamkan bahawa elaun tambahan petugas masjid ini yang dibayar bermula tahun 2003 adalah dari hasil kutipan zakat oleh LZS setiap tahun.

Namun akibat dari kesan pandemik Covid-19, kutipan zakat tahun ini mencatatkan penurunan drastik hampir 20 peratus yang menyebabkan beberapa pelarasan sementara perlu dibuat, yang mengambilkira keperluan menyalurkan hasil kutipan zakat ini kepada golongan asnaf yang tambah dihimpit akibat kesan pelaksanaan PKP dan sebagainya.

Berdasarkan penjelasan tersebut dan mengambil maklum keperluan para petugas masjid dan surau seluruh Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil keputusan agar kadar elaun petugas masjid dan surau dikembalikan semula kepada kadar sebelum ini. Kerajaan Negeri akan menanggung pelarasan tersebut dengan implikasi kewangan berjumlah RM3 juta.

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.