Media

Terkini
9/4/21
Selangor

Berita Harian: Zakat fitrah Selangor kekal RM7

SHAH ALAM: Kadar zakat fitrah di Selangor kekal RM7, RM14 dan RM21 seperti tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M Yusop berkata, penetapan itu berdasarkan kepada harga 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan oleh penduduk di negeri itu.

"Bagaimanapun, LZS menggalakkan golongan berkemampuan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan dan perkara ini kita sudah galakkan sejak 2018.

"Kadar zakat fitrah sebanyak RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi/beras jepun/beras merah," katanya pada media selepas Majlis Worldwide Prihatin di Mercu Worldwide, hari ini.

Dalam pada itu, Saipolyazan memaklumkan kutipan zakat fitrah pada tahun lalu adalah berjumlah RM31.1 juta.

"Walaupun negara dilanda pandemik COVID-19 tahun lalu, jumlah kutipan zakat berkenaan meningkat berbanding RM26 juta pada tahun sebelumnya. Bagi tahun ini, kita tidak menetapkan sasaran tertentu bagaimanapun kita ingin membuat kutipan lebih tinggi berbanding tahun lalu, tambahan pula pembayaran secara fizikal menerusi amil dilaksanakan semula," katanya.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.