Inisiatif

Terkini
18/5/23

Beberapa ketetapan

Kerajaan Negeri Selangor telah mencapai beberapa ketetapan berikut :

1. Persediaan Negeri Selangor menghadapi El-Nino dan kemarau. Kesemua empangan takungan berada di tahap 100% dan bersedia menampung keperluan rakyat sekiranya tiada hujan selama 4 bulan, Insya-Allah. Kerajaan Negeri juga telah bersedia dengan 98 kolam alternatif dengan kapasiti 34 juta meter padu.

2. Vaksin Pneumokokal Percuma buat jemaah Haji Selangor. Kerajaan Negeri bersetuju menambah 500 dos vaksin pneumokokal menjadikan 2000 vaksin pneumokokal percuma buat jemaah Haji Selangor.

3. Atas permintaan yang tinggi, Kerajaan Negeri bersetuju menambah 656 orang Guru KAFA dengan peruntukan RM 14.5 juta.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.