Inisiatif

Ekonomi
14/10/20
Selangor
Bantuan

Virtual Selangor International Business Summit

Hari ini berlangsungnya Virtual Selangor International Business Summit (SIBS Virtual) iaitu sebuah persidangan maya anjuran Kerajaan Negeri Selangor untuk membina jaringan perdagangan antarabangsa serta platform bagi memperkembangkan pasaran perniagaan buat syarikat tempatan mengikut arus norma baharu.

Persidangan maya sepanjang 4 hari ini meliputi Selangor International Expo, Selangor ASEAN Business Conference dan Selangor Smart City & Digital Economy Convention yang melibatkan siri pameran, webinar serta pelbagai bentuk pentas wacana. Ramai pemain industri yang berkaliber dan jenama besar global yang akan mengambil bahagian dalam persidangan ini dan bakal menguntungkan para usahawan.

Sesi perkongsian idea perniagaan, networking dan business matching juga turut dijalankan serentak. Inisiatif yang dilaksanakan oleh Invest Selangor ini merupakan satu peluang bagi syarikat tempatan serta antarabangsa sebagai strategi perniagaan untuk menangani situasi ekonomi yang penuh cabaran ini.

Buat usahawan, pelabur, pengilang dan sesiapa sahaja yang sedang mencari platform untuk meluaskan perniagaan, layari https://selangorsummit.com/ dan libatkan diri.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.