Suara

Peristiwa
14/11/20
Selangor
Isu

Video Perutusan Hari Deepavali 2020

Perayaan Deepavali tahun ini tiba dengan pelbagai perubahan dan cabaran buat mereka yang menyambutnya. Wabak COVID-19 yang melanda memberi kesan kepada kita semua, dan secara tidak langsung kita harus mengadaptasi budaya perayaan mengikut norma baharu. Tetapi, saya percaya masyarakat India di Selangor kekal semangat mengatasi cabaran sebegini demi meneruskan tradisi.

Komuniti India merupakan sebahagian besar dari keluarga besar rakyat negeri Selangor dan penglibatan mereka adalah penting kepada perkembangan Selangor secara keseluruhan. Kerajaan Negeri sentiasa menjalankan inisiatif yang memperkasakan komuniti India di Selangor seperti program keusahawanan SITHAM dan penambahan kuota ketua komuniti India.

Semoga dengan inisiatif dan program sebegini, Kerajaan Negeri dapat terus memberdaya komuniti India di Selangor dengan lebih baik di samping mengekalkan semangat muafakat serta keharmonian.

Selamat menyambut Deepavali.

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.