Inisiatif

Peristiwa
30/1/23
Selangor

Utusan Malaysia: Pakai Batik Selangor di puncak Kinabalu catat Malaysia Book of Records

PUTRAJAYA: Inisiatif seramai 36 kakitangan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) memperagakan Batik Selangor di atas puncak Gunung Kinabalu berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records.

Pengiktirafan itu diperoleh menerusi “Most Participants Wearing Batik Selangor on Mount Kinabalu” dalam misi menawan Gunung Kinabalu 2.0 dan berjaya sampai ke puncak itu semalam.

Dalam kenyataan MPSepang memaklumkan, inisiatif itu sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri Selangor yang memperkenalkan dan mempromosikan Batik Selangor sebagai salah satu pakaian di dalam upacara atau majlis rasmi negeri.

“Justeru, MPSepang mengambil inisiatif ini dengan kolobrasi bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah untuk memperagakan Batik Selangor yang menampilkan rekaan bermotifkan corak Bunga Tanjung.

” Bunga Tanjung menjadi identiti Negeri Selangor kerana mempunyai 9 kelopak yang mewakili 9 daerah di Negeri Selangor,” katanya.

Misi pendakian itu diketuai Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd. Hamid Hussain bersama pengarah-pengarah jabatan dan kakitangan pihak berkuasa tempatan itu (PBT). – UTUSAN


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.