Media

Peristiwa
30/3/23
Selangor
Perayaan

Utusan Malaysia: JKNS pantau 232 bazar Ramadan di Selangor

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan menjalankan operasi pemantauan dan pemeriksaan berkala di 232 bazar Ramadan di seluruh negeri ini.

Jumlah itu meliputi 15,593 tapak bazar dan seramai 46,779 pengendali makanan di semua daerah.

JKNS menerusi kenyataan berkata, operasi itu dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tindakan itu penting bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual kepada pengguna sepanjang Ramadan ini. Pemeriksaan itu selaras dengan peruntukan undang-undang mengikut Akta Makanan 1983,” katanya hari ini.

Tambahnya, pemantauan turut melibatkan pensampelan makanan Ready-To-Eat (RTE) yang berisiko tinggi.

“Ia melibatkan analisa mikroorganisma bagi menjamin keselamatan makanan kepada pembeli. Selain itu, pengendali makanan diingatkan supaya mendapatkan suntikan vaksin anti tifoid dan menghadiri latihan,” ujarnya. – UTUSAN

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.