Inisiatif

Peristiwa
30/9/22
Isu
Selangor

Taklimat Cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam oleh pihak MRCB dan MBI

Petang tadi telah berlangsung taklimat berkenaan cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam oleh pihak MRCB dan MBI. Cadangan rekabentuk Kompleks Sukan Shah Alam telah dibentang.

Ia mempunyai ciri-ciri berikut :

- Stadium berkapasiti 35 ke 45 ribu penonton.

- 60% kawasan kompleks adalah untuk aktiviti sukan dan stadium bertaraf antarabangsa.

- Rekabentuk akan mengambil kira dan menyelesaikan masalah trafik, menghubungkan pengangkutan awam, menyelesaikan isu banjir.

- Stadium terbuka dan mempunyai fungsi untuk menjadi stadium tertutup bagi mengendalikan pelbagai acara.

- 40% kawasan kompleks akan digunakan bagi ruang rekreasi awam.

- Taman awam, pusat rekreasi dan pembangunan belia turut akan disediakan.

Orang ramai digalakkan menghantar maklumbalas menerusi emel kssa.maklumbalas@gmail.com

Satu pameran awam beserta model reka bentuk ini akan diadakan dalam masa terdekat.

Cadangan ini akan dimuktamadkan setelah mengambil kira faktor kesesuaian serta maklum balas dari rakyat Selangor.

#KompleksSukanShahAlam

#StadiumShahAlam

#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.