Media

COVID-19
7/10/20
Isu
Selangor
STFC19

Taburan COVID-19 mengikut Mukim di Selangor bertarikh 7 Oktober 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut disampaikan laporan dari STFC mengenai taburan COVID-19 mengikut Mukim di Selangor bertarikh 7 Oktober 2020.

Menjadi Zon Kuning
⬇️Daerah Sepang
⬇️Mukim Dengkil
⬇️Mukim Cheras

Selangor merekodkan 249 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 133 kes melibatkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.
Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Klang pada Jumaat ini, Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri dan membuat pengumuman lanjut setelah itu.

Pada ketika ini, warga Selangor dituntut untuk sentiasa mematuhi norma baru dan SOP seperti yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Selangor Task Force COVID-19. Kealpaan dan kelalaian melaksanakan tanggungjawab ini bakal menerima kesan yang amat buruk pada masa hadapan.

Amalkan dan sentiasa saling berpesan untuk menjaga:
✅Penjarakan fizikal
✅Basuh tangan dengan kerap
✅Pakai face mask

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

NOTA:
Status zon = Dipengaruhi oleh jangkitan tempatan
Kolum 'Sedang Dirawat' = Jangkitan Tempatan + Kes Import B
Kolum 'Kes I.B.' = Kes Import B

#SelangorGempurCOVID19
#STFC

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.