Inisiatif

Peristiwa
30/6/20
Bantuan
Selangor

Syabas dan Tahniah YB Chua Wei Kiat Dan Ustaz Muiz atas Menyantuni warga Rawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi pihak pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari, kami semua ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ADUN Rawang, YB Chua Wei Kiat dan pegawai Zakat Selangor, Ustaz Muaz yang telah melawat dan menyantuni pasangan suami isteri mualaf di pekan Rawang.

Semoga jasa baik dan amanah tuan-tuan memanfaatkan yang memerlukan.

#SelangorMajuBersama

Dipetik dari FB YB Chua:

Semalam pagi YB Chua bersama Pegawai Zakat Selangor, Ustaz Muaz, Ketua Kampung Melayu Pekan Rawang dan Pengerusi Surau Al Hidayah Pekan Rawang telah pergi menziarahi pasangan suami isteri mualaf yang telah tinggal di Surau tersebut kerana ketiadaan rumah dan pekerjaan yang tetap. Pihak Zakat tampil menghulurkan bantuan seperti bayaran sewa rumah, barangan keperluan asas dapur dan sedikit duit poket RM100.00 untuk perbelanjaan mereka.

Pihak Pejabat Dun Rawang pula telah membantu mencari bilik untuk di sewa dan memberi bantuan sumbangan barangan keperluan asas dapur dan lain-lain keperluan. Terima kasih kepada Pusat Zakat Selangor di atas bantuan dan sumbangan yang telah diberikan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.