Inisiatif

Peristiwa
1/4/24

Sumbangan kepada 440 buah masjid dari 9 daerah di Negeri Selangor.

Alhamdulillah hari ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, saya telah menyerahkan sumbangan kepada 440 buah masjid dari 9 daerah di Negeri Selangor.

Insentif Kita Selangor Aidilfitri ini berjumlah RM1.54 juta dan merupakan satu bentuk penghargaan kepada penggerak masjid di Negeri Selangor atas khidmat bakti mereka. Sumbangan ini juga adalah sebagai bantuan buat mereka dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri

Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus menyokong fungsi masjid sebagai institusi agama dalam menggerakkan syiar Islam di negeri ini.

Tohmahan bahawa pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Selangor tidak menjaga kebajikan para imam, bilal, siak dan nazir di seluruh Selangor adalah palsu dan fitnah semata mata. Saban tahun, kebajikan mereka dipelihara dan dijaga, Insya-Allah

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.