Inisiatif

Peristiwa
4/4/24

Sumbangan kepada 440 buah masjid dari 9 daerah

Alhamdulillah, saya berkesempatan menyerahkan sumbangan kepada 440 buah masjid dari 9 daerah di Negeri Selangor. Majlis diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyaksikan Insentif Kita Selangor Aidilfitri yang berjumlah RM1.54 juta diagihkan sebagai tanda penghargaan kepada penggerak masjid di Selangor atas khidmat mereka. Kemudian, saya berbuka puasa bersama lebih 400 wakil anak-anak syarikat Negeri Selangor dan rakan-rakan media, meraikan jalinan ukhwah antara kita sebelum menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah bersama kariah dan jemaah Surau Nurul Iman, Batu 10 Gombak. Saya juga sempat menyantuni Pasukan Bomba Sukarela Gombak yang melibatkan 36 anggota dan NGO Pertubuhan Kebajikan Dana Kita. Kerajaan Negeri juga bersetuju tahun lalu untuk mewartakan tanah seluas 2.6 ekar bagi kegunaan operasi pasukan bomba sukarela ini. Semoga usaha para sukarelawan terus dirahmati dalam niat murni mereka menyediakan perkhidmatan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat Selangor. #KitaSelangor #GombakBermaruah

Posted by Amirudin Shari on Thursday, April 4, 2024

Alhamdulillah, saya berkesempatan menyerahkan sumbangan kepada 440 buah masjid dari 9 daerah di Negeri Selangor. Majlis diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyaksikan Insentif Kita Selangor Aidilfitri yang berjumlah RM1.54 juta diagihkan sebagai tanda penghargaan kepada penggerak masjid di Selangor atas khidmat  mereka.

Kemudian, saya berbuka puasa bersama lebih 400 wakil anak-anak syarikat Negeri Selangor dan rakan-rakan media, meraikan jalinan ukhwah antara kita sebelum menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah bersama kariah dan jemaah Surau Nurul Iman, Batu 10 Gombak.

Saya juga sempat menyantuni Pasukan Bomba Sukarela Gombak yang melibatkan 36 anggota dan NGO Pertubuhan Kebajikan Dana Kita. Kerajaan Negeri juga bersetuju tahun lalu untuk mewartakan tanah seluas 2.6 ekar bagi kegunaan operasi pasukan bomba sukarela ini.

Semoga usaha para sukarelawan terus dirahmati dalam niat murni mereka menyediakan perkhidmatan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat Selangor.

#KitaSelangor

#GombakBermaruah

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.