Inisiatif

Peristiwa
17/9/22
Isu
Selangor

Statistik Program Anak Istimewa Selangor (ANiS)

Di Selangor, kebajikan anak-anak istimewa diutamakan oleh Kerajaan Negeri secara khusus melalui program-program bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) yang dipelopori Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.

Sejak 2018, ANIS memperkasa ibubapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor, seterusnya memberdayakan untuk lebih mampan dan cakna ketika mendepani cabaran dunia ini.

Ada bantuan disediakan dalam bentuk sumbangan kewangan dan terdapat juga program pemberdayaan. Selangor merintis inisiatif membantu anak-anak istimewa agar dapat melestarikan pembangunan dan kemakmuran mereka.

Kini, Selangor sedang giat untuk menaik taraf lagi program-program kebajikan sesuai dengan kemakmuran serta keperluan rakyat. Segala usaha Jabatan ANIS sangat bertepatan dengan visi Iltizam Selangor Penyayang yang mahu mewujudkan negeri penyayang.

#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.