Media

COVID-19
21/5/20
Isu
Selangor
STFC19

Statistik Kes Covid-19 di Kawasan Zon Merah dan Mukim Sekitar Selangor - 21 Mei 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi laporan oleh STFC mengenai statistik Covid-19 di kawasan zon merah dan mukim-mukim sekitar Selangor.

3 mukim Zon Hijau mencatatkan kes aktif baru iaitu Dengkil, Sepang dan Hulu Kelang yang menjadikan statusnya kembali semula ke Zon Kuning.

Laporan trafik menunjukkan percubaan ramai warganegara yang cuba merentas negeri untuk pulang beraya di kampung. Perbuatan ini sangat tidak bertanggungjawab dan mampu membuatkan pengorbanan warganegara yang berdisplin itu menjadi sia-sia saja.

Kami semua memohon warga Selangor terutamanya untuk saling berpesan supaya menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Jangan pentingkan diri sendiri serta berfikiran singkat yang natijahnya boleh melumpuhkan negara semula pada masa hadapan.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCovid19‬
‪#STFC‬

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.