Media

COVID-19
25/5/20
Isu
Selangor
STFC19

Statistik Covid-19 di Selangor bertarikh 25 Mei 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi statistik COVID-19 Selangor bertarikh Isnin, 25 Mei 2020 (Setakat jam 12 tengahari) oleh STFC.

Kes baru dilaporkan sebanyak 53 yang menjadikan jumlahnya mencecah 1,829 pada hari ini bagi seluruh negeri. Selangor mencatatkan 4 hari berturut-turut peningkatan kes baru.

Haruslah diingatkan bahawa tiada lagi kelonggaran Aidilfitri pada hari ini dan warga Selangor diminta untuk patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) sepenuhnya. Sekiranya tiada keperluan keluar, duduk di rumah dan gunakan teknologi untuk eratkan hubungan kekeluargaan.

Berayalah dengan selamat.

Sayangi kebebasan anda dengan berdisiplin dan bertanggungjawab.

#SelangorGempurCovid19
#STFC

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.