Suara

Ekonomi
16/12/20
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: Selangor sasar lahir 200,000 usahawan IKS berasaskan digital

SHAH ALAM - Platform SME Smart Selangor yang dibangunkan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menyasarkan untuk melahirkan 200,000 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan digital menjelang 2025.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, platform itu dibangunkan untuk memacu pertumbuhan perniagaan dan peningkatan prestasi pengusaha IKS di Selangor melalui automasi pengurusan dan operasi perniagaan, pengembangan menerusi pemasaran digital dan juga e-dagang.

Amirudin berkata, pihaknya berharap platform berkenaan dapat memberdayakan peniaga dan pengusaha IKS di sekitar Lembah Klang.

“Menerusinya, peniaga bukan sahaja dapat mengembangkan perniagaan melalui pengupayaan digital. Mereka akan dibimbing untuk memajukan perniagaan ke tahap lebih tinggi contohnya dari perniagaan berstatus mikro ke IKS dan seterusnya mencapai tahap syarikat yang mampu bersaing dengan pemain industri lain.

“Saya menyeru pengusaha perniagaan dan IKS merebut peluang yang tersedia ini dengan mendaftar butiran perniagaan mereka di laman sesawang https://www.smartselangor.com.my/services/smartsme/,” katanya.

Menurut Amirudin, matlamat utama kerajaan negeri adalah untuk memangkin pertumbuhan IKS berasaskan digitalisasi melalui bantuan pemasaran dalam talian, peningkatan jualan dan keuntungan serta peningkatan produktiviti.

Katanya, ketika ini SSDU telah membangunkan suatu pengkalan data merangkumi hampir 7,000 peniaga dan 20 rakan kongsi swasta untuk operasi marketplace dan penghantaran bagi menjayakan pengoperasian pembangunan ekosistem ekonomi digital yang lebih tersusun di Selangor.

“Pengumpulan data secara berpusat melalui platform ini akan dapat membantu kerajaan mengikuti perkembangan IKS dan mengenalpasti keperluan golongan itu untuk merencanakan bantuan yang lebih bersasar dan berkesan.







Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.