Suara

Peristiwa
5/5/23
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: Selangor salur makanan berkhasiat atasi masalah bantut

SHAH ALAM - Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi bantuan makanan berkhasiat di bawah inisiatif Anak Selangor Anak Sihat (ASAS).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 2,800 kanak-kanak akan menerima manfaat tersebut tahun ini.

Menurutnya, program tersebut telah dimulakan tahun lepas meliputi penyaluran susu tepung penuh krim, biskut, bijirin dan multivitamin bagi penyerapan kalsium serta menguatkan tulang.

"Tahun ini, penerima manfaat termasuk ibu bapa dan penjaga akan diberi pendedahan kepada penyediaan makanan berkhasiat oleh pakar pemakanan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 56 pusat ASAS juga akan ditubuhkan di setiap DUN sebagai pusat pemantauan program berkenaan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.