Inisiatif

COVID-19
4/6/21
Isu
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: Sedia bas bawa petugas kesihatan di kawasan PKPD

SABAK BERNAM - Kira-kira 70 petugas kesihatan di tiga kawasan taman perumahan di daerah Sabak Bernam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diangkut menaiki bas khas untuk ke tempat kerja masing-masing.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kebanyakan petugas barisan hadapan itu bekerja di hospital dan klinik kesihatan di sekitar daerah Sabak Bernam.

Menurutnya, terdapat sebuah bas yang akan digunakan bagi mengangkut petugas kesihatan di satu tempat yang telah ditetapkan.


"Kita siapkan sebuah bas khas yang mengangkut mereka ini keluar dan masuk, selain pada masa sama memastikan kakitangan hospital juga mencukupi bagi memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik," katanya pada Program Agihan Bakul Makanan PKPS prihatin di Taman Pertama di sini pada Rabu.

Amirudin berkata, petugas klinik kesihatan dan hospital juga bekerja mengikut giliran bagi memastikan jadual perjalanan bas lebih seiring.

"Kita terpaksa kekalkan mereka di kawasan PKPD kerana tiada asrama penempatan dan semua ini dilaksanakan untuk memastikan kawalan pergerakan dapat dilakukan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ada sebahagian petugas kesihatan juga bekerja di pusat saringan di kawasan PKPD berkenaan.

Selain petugas kesihatan, katanya, turut mendiami taman perumahan di kawasan PKPD itu adalah anggota keselamatan.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/141971/KHAS/Covid-19/Sedia-bas-bawa-petugas-kesihatan-di-kawasan-PKPD
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.