Inisiatif

Peristiwa
28/2/24

Sesi soal jawab bagi Sidang Dewan Negeri Pertama, Penggal Kedua

Kerajaan Negeri akan melipatgandakan usaha menarik pelabur yang berhasrat untuk bertapak di Selangor dengan mengurangkan tempoh waktu kelulusan dalam kawasan perindustrian ataupun Managed Industrial Park.

Itu yang saya tekankan apabila memulakan sesi soal jawab bagi Sidang Dewan Negeri Pertama, Penggal Kedua, dalam menjawab soalan YB Azmizam Zaman Huri, Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang.

Kerajaan Negeri juga menawarkan insentif laluan hijau (green lane) bagi pelabur yang ingin bertapak di kawasan IDRISS di selatan Selangor. Antara insentif khas termasuk pengurangan bayaran premium cukai tanah ataupun penangguhan bayaran selama 5 tahun bagi perusahaan baharu.

Tambahan kepada itu, Kerajaan Negeri sedang membangunkan kawasan perindustrian yang mampan dan hijau yang dikenali sebagai Green Managed Industrial Park (GRIP) melalui PKNS.

#KitaSelangor

#DewanNegeriSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.