Inisiatif

Peristiwa
17/3/24

Selangor yang selamat untuk kanak-kanak

Selangor berhasrat menjadi negeri yang selamat didiami oleh semua terutama bagi kanak-kanak. Oleh itu kita harus berikhtiar dan berusaha agar mengatasi ancaman terhadap anak-anak terutama di era digital ini.

Tidak kira di mana ancaman ini berlaku; di sekolah, di rumah, mahupun di luar, semua pihak yang mempunyai maklumat sebarang insiden gangguan atau eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak harus melaporkan segera kepada penguatkuasa.

Kelakuan negatif ini tidak harus dipandang remeh kerana ia berpotensi memberi kesan buruk kepada psikososial dan emosi kanak-kanak yang sudah pasti akan memberi kesan serta trauma jangka panjang yang sukar dipulihkan.

Kerajaan turut memainkan peranan penting bagi meyakinkan masyarakat bahawa keselamatan semua, terutamanya kanak-kanak dan wanita, serta dalam usaha membanteras eksploitasi dan keganasan berunsur seksual.

Saya yakin Selangor akan mengorak langkah dalam usaha ini dan ia dapat dibuktikan melalui pelaksanaan Konvensyen Kebangsaan Perlindungan Murid di Shah Alam.

Kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan, terutamanya Kementerian Pendidikan dan Bahagian Undang-undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri amat penting untuk mengukuhkan hasrat ini.

Saya berterima kasih kepada Dato’ Sri Azalina Othmad Said, Menteri Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi, dan Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, atas komitmen ini.

Penghargaan khas buat Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang berkongsi pendapat dan inisiatif yang harus disegerakan berkait pengalaman beliau selaku Timbalan Perdana Menteri wanita pertama yang turut memegang tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil, Insya-Allah.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.