Suara

Ekonomi
21/5/20
Selangor
Negara
Isu

Selangor Penyumbang 20% Kepada Ekonomi Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin mengambil ruang ini untuk berkongsi satu fakta yang sering kita lupa sebagai warga Selangor. Dalam kesibukan kita menyambut perayaan dan mengahdapi pandemik pada masa yang sama, beberapa pihak telah mengambil kesempatan dan cuba menganggu kestabilan ekonomi malah kesejahteraan Selangor secara amnya.

Negeri Selangor bertanggungjawab menyumbang 20% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk keseluruhan Malaysia. Sekiranya kestabilan kita sebagai sebuah negeri diganggu, bukan sahaja ekonomi Selangor, malah kesejahteraan dan keharmonian masyarakat yang telah kita bina dan perkuatkan selama ini akan berlerai begitu sahaja.

Sentiasa ingat yang anda warga Selangor adalah penting kepada pembangunan dan perkembangan ekonoi negara ini secara amnya. Teruskan menjadi warga Selangor yang berdaya maju. Kita kekalkan kesejahteraan Selangor dengan terus berusaha dan mengabaikan kahabr angin dari pihak-pihak yang cuba merampas apa yang telah kita capai bersama.

#SelangorMajuBersama

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.