Media

Peristiwa
23/4/24
Selangor

Selangor Kini: Taman semikonduktor negeri di Puchong terbesar di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Taman reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pemacu semikonduktor Malaysia: Hab Selangor dibangunkan Kerajaan Negeri merupakan pusat sektor semikonduktor terbesar di Asia Tenggara.

Bakal beroperasi pada Jun ini, EXCO pelaburan berkata pusat berkenaan bakal membuka hampir 500 peluang kerjaya profesional selain membantu industri sampingan antaranya logistik serta pengusaha kedai makan.

“Berikutan itu Kerajaan Negeri akan memberi fokus dengan meneroka lebih menyeluruh memandangkan sektor ini memberi pulangan tinggi. Tiga elemen ditekan iaitu jurutera mahir, pembangunan platform dan modal ventura.

“Setakat ini semikonduktor yang terangkum dalam sektor elektrik dan elektronik menyumbang 20 peratus kepada negeri. Usaha kita ini bakal membantu negara memperkukuhkan lagi sektor ini,” kata Ng Sze Han pada sidang media hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis tandatangani memorandum persefahaman negeri diwakili Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor Yong Kai Ping bersama empat syarikat termasuk negeri luar bagi pengoperasian pusat berkenaan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.