Inisiatif

Peristiwa
16/4/24
Selangor

Selangor Kini: Selangor tubuh hab reka bentuk litar bersepadu, sedia ekosistem semikonduktor lengkap

SHAH ALAM, 15 APR: Selangor akan menubuhkan hab reka bentuk litar bersepadu (IC) bagi menyediakan ekosistem industri semikonduktor yang lebih lengkap di negara ini, kata EXCO pelaburan.

Ng Sze Han berkata hab reka bentuk IC itu akan turut melatih bakat baharu tempatan dalam bidang berkaitan sekali gus membuka ratusan peluang pekerjaan baharu.

Beliau menjelaskan dalam rangka lawatan kerja enam hari ke wilayah Suzhou, Shenzhen dan Hong Kong baru-baru ini delegasinya menghadiri 21 mesyuarat dan mengadakan pertemuan serta libat urus dengan 16 syarikat semikonduktor serta 10 agensi berkaitan.

“Selangor akan melangkah ke hadapan untuk membina ekosistem semikonduktor yang lebih lengkap di negara ini dengan menubuhkan hab reka bentuk IC yang menempatkan ratusan jurutera reka bentuk IC,” katanya menerusi Facebook.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) sebelum ini Sze Han berkata Selangor akan mengumumkan pelan pembangunan semikonduktor bagi menjana potensi pelaburan tinggi ke negeri itu.

Menurutnya pelan yang akan diumum Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat itu menyediakan ekosistem industri semikonduktor lebih baik berbanding sebelum ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.