Inisiatif

Peristiwa
29/11/22
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Permohonan bantuan pendidikan LZS ditutup 3 Disember 2022

SHAH ALAM, 28 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyeru penduduk Islam di negeri ini yang berkelayakan memohon bantuan pendidikan sebelum ia ditutup Sabtu ini.

Menerusi Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS), permohonan terbuka kepada semua kategori pengajian iaitu prasekolah/tadika, sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Pemohon bagi pengajian prasekolah/tadika, sekolah rendah dan menengah menerima RM200 seorang manakala IPT RM700 hingga RM2,500.

“Tinggal beberapa hari saja lagi permohonan SPZAS sebelum ditutup. Untuk makluman, SPZAS ini telah dibuka bermula 3 Oktober 2022 dan akan ditutup pada 3 Disember 2022.

“Permohonan boleh buat sekali sahaja dan hanya untuk mereka yang bukan dalam kategori asnaf fakir, miskin dan mualaf,” katanya di Facebook hari ini.

Menurut agensi itu, bagi asnaf fakir, miskin dan mualaf, permohonan boleh dibuat terus di pendidikan.zakatselangor.com.my.

Permohonan bantuan SPZAS boleh dibuat menerusi pautan www.zakatselangor.com.my/spzas dan sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 1-300-88-4343.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.