Media

Peristiwa
27/1/23
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Penduduk puji inisiatif jualan murah PKPS, ringan belanja bulanan rakyat

GOMBAK, 26 JAN: Program jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang diadakan di Pangsapuri Merak, Selayang bantu penduduk tangani beban kos sara hidup.

Jururawat Melah Omar, 44, berkata harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) yang ditawarkan PKPS lebih murah dan berbaloi untuk dibeli.

“Terpaksa cari minyak paket kalau beli di tempat lain, tapi di sini harga sebotol minyak 5kg lebih murah berbanding diluar.

“Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat bila ada jualan murah ini. Kita (penduduk) memang sangat memerlukan program seperti ini, inisiatif kerajaan memang wajar dipuji,” katanya ketika ditemui.

Bagi Rahani Ramli, 38, program ini sangat membantu meringankan beban perbelanjaan bulanan penduduk terutama yang tinggal di kawasan bandar.

“Komitmen tinggal di bandar tinggi, yuran sekolah, taska dan bil-bil lain, jadi ada (program) jualan murah macam ini memang sangat membantu.

“Kualiti produk ditawarkan juga bagus, terutama daging dan ikan segar. Produk setara di luar tapi lebih murah,” katanya yang sudah dua kali berkunjung ke program sama.

Jelajah Ehsan Rakyat (JER) dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan produk seperti ayam standard (RM10 seekor), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging pejal segar (RM10 per pek), minyak masak 5kg (RM25), beras 5kg (RM10) dan ikan (RM6 per pek).

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.