Media

Peristiwa
30/5/23
Selangor

Selangor Kini: PBAKL: Pavilion Selangor jadi tumpuan, kongsi maklumat inisiatif Kerajaan Negeri



SHAH ALAM, 29 MEI: Pavilion Selangor di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 menerima hampir 20,000 pengunjung setakat tiga hari penganjurannya.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata kebanyakan pengunjung tertarik dengan Iltizam Selangor Penyayang (ISP) selepas mendapat penerangan daripada kakitangannya.

“Mereka teruja dengan info mengenai beberapa skim antaranya Rumah Idaman, biasasiwa ditawar Kerajaan Negeri, pinjaman niaga Hijrah Selangor dan penyediaan insentif bantuan taska.


“Semua info diberikan dan mereka tertarik dengan skim ISP. Inilah tujuan Pavilion Selangor, untuk jadi pusat berkenaan kebajikan kepada pengunjung PBAKL,” kata Datin Paduka Mastura Muhamad kepada SelangorKini.

Beliau berkata pihaknya menyediakan 200 nasi lemak dan kopi setiap hari sebagai langkah menarik lebih ramai pengunjung melawat ruangan Kerajaan Negeri.


“Usaha ini diteruskan sehingga hari terakhir penganjuran PBAKL. Selain itu kita juga adakan beberapa aktiviti lain seperti belajar bahasa Rusia, penjagaan kesihatan selain wacana bersama sasterawan,” katanya.

Pavilion Selangor merupakan ruangan Selangor sebagai negeri tamu sempena penganjuran PBAKL 2023 yang menyediakan pelbagai maklumat berkenaan Kerajaan Negeri.


Ibu bapa tidak melepaskan peluang membawa anak-anak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sempena musim cuti sekolah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Ruangan terbabit dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam bermula Jumaat lalu hingga 4 Jun ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.