Media

COVID-19
13/2/23
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Orang ramai disaran ambil dos penggalak, percuma di pusat kesihatan

SHAH ALAM, 12 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan rakyat negara ini mendapatkan dos penggalak bagi memastikan mereka mendapat perlindungan daripada jangkitan Covid-19.

Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni berkata biarpun negara telah beralih ke fasa endemik namun kementerian menasihatkan rakyat berhati-hati dan terus mengamalkan pemakaian pelitup muka serta pemeriksaan kendiri bagi mengelakkan penularan wabak berbahaya itu.

“Jika tidak sihat segera ke mana-mana pusat kesihatan di seluruh negara bagi dapatkan rawatan.

“Pengambilan dos penggalak boleh dibuat secara ‘walk-in’ di mana-mana pusat kesihatan KKM dan maklumat mengenainya boleh disemak menerusi laman sesawang dan media sosial KKM selain MySejahtera,” katanya.

Beliau ditemui selepas larian ‘IMR 123 Fun Run’ yang diadakan sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini.

Sejak 7 Januari lalu, Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian suntikan Covid-19 dan dos penggalak secara percuma menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).

Program itu mendapat kerjasama 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL Clinic di negeri ini.

Ketika negara dilanda Covid-19, Kerajaan Negeri melaksanakan program Selvax bagi mempercepatkan imunisasi rakyat diikuti program dos penggalak di bawah Selvax Booster.

Pada 5 Februari EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan Selangor memiliki bekalan simpanan suntikan penggalak vaksin Covid-19 mencukupi, terutama bagi vaksin jenama Sinovac.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.