Media

Peristiwa
14/6/24
Selangor

Selangor Kini: Negeri cadang kaji garis panduan sedia makanan untuk acara sekolah


PETALING JAYA, 13 JUN: Kerajaan Selangor bercadang mengkaji semula tatacara dan garis panduan penyediaan makanan untuk sesuatu acara melibatkan sekolah.

Merujuk kes keracunan makanan di Gombak minggu lalu, EXCO kesihatan berkata langkah itu bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang dan keselamatan pelajar terjamin.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memang ada melaksanakan pemeriksaan berkala di kantin sekolah tetapi apa yang berlaku di Gombak ini adalah makanan disedia itu daripada katering luar.

“Oleh itu, setiap kali berlaku kes sebegini mungkin ia buka ruang supaya kita boleh melihat semula garis panduan dan tatacara operasi piawai (SOP) apa yang boleh ditambah baik bagi mengelak perkara ini berulang,” kata Awam Jamaliah Jamaluddin.

Beliau berkata ketika Majlis Pelancaran New Bioré Guard Mos Block Serum di One World Hotel, First Avenue di sini hari ini.

Bagaimanapun, Jamaliah menasihatkan masyarakat untuk berhati-hati dalam memilih katering dan pastikan ia dikenali serta menjaga kualiti makanan.

Minggu lalu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan remaja berusia 17 tahun maut akibat keracunan selepas makan bihun dan telur goreng yang dibawa pulang daripada program di sebuah sekolah di Gombak.

Remaja terbabit memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya dan mengalami cirit birit manakala mangsa kedua adalah pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah berkenaan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.