Media

Terkini
30/11/23
Selangor

Selangor Kini: Negeri bangunkan pusat adaptasi perubahan iklim, fokus sembilan sektor

SHAH ALAM, 29 NOV: Majlis Tindakan Iklim Selangor bakal dinaik taraf sebagai pusat adaptasi perubahan iklim melibatkan kos sebanyak RM800,000, kata EXCO alam sekitar.

Jamaliah Jamaluddin menjelaskan pusat berkenaan akan menumpukan sembilan sektor utama iaitu sumber air, pertanian, kesihatan, guna tanah, pengurusan sisa dan pengangkutan.

Beliau berkata turut diambil kira ialah kesan perubahan iklim kepada sektor perhutanan dan biodiversiti, perindustrian serta infrastruktur, tenaga dan persekitaran.

“Keputusan dibuat selepas Kerajaan Negeri melihat isu ini memerlukan perhatian serius. Jadi, terdapat keperluan untuk mewujudkan organisasi yang berfungsi merancang pelan strategik.

“Pusat ini juga menjadi agensi peneraju pembangunan teknologi hijau, pengurusan pasaran karbon, penilaian cadangan projek swasta berkaitan alam sekitar dan teknologi hijau serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan,” katanya kepada Selangorkini.

Tahun ini, sebanyak RM300,000 disediakan bagi menjalankan pembangunan kajian dan Dasar Perubahan Iklim Selangor merangkumi tindakan pelaksanaan secara bersepadu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya mengambil serius isu perubahan iklim dan cuaca ekstrem yang menyebabkan bah, tanah runtuh selain bahaya baharu seperti gelombang haba, peningkatan aras laut dan kehilangan biodiversiti.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.