Inisiatif

Peristiwa
31/1/23
Selangor
Bantuan
Perayaan

Selangor Kini: MBI peruntuk RM500,000 jaya Ihya’ Ramadan, alu-alukan permohonan dari surau dan masjid

KUALA SELANGOR, 30 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM500,000 bagi menjayakan program Ihya’ Ramadan tahun ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor mengalu-alukan permohonan dari surau dan masjid seluruh negeri bagi menyemarakkan bulan suci Islam itu.

“Kita mengalu-alukan permohonan dari surau dan masjid seluruh Selangor yang mahu anjurkan program Ihya’ Ramadan.

“Kita buka permohonan sehingga awal Ramadan ini, dan kita juga ada peruntukan khas untuk setiap surau dan masjid,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan replika cek sebanyak RM113,165 bagi pembinaan pagar komuniti Taman Alam Perdana, Puncak Alam di sini hari ini.

Ahmad Azri berkata setiap tahun MBI menerima hampir 200 permohonan dari masjid dan surau bagi penganjuran program Ihya’ Ramadan.

Menurutnya setiap masjid menerima dana RM10,000 sementara RM5,000 diagihkan kepada surau untuk aktiviti pengimarahan sepanjang bulan suci itu.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.