Suara

Sungai Tua
26/9/23
Isu
Selangor

Selangor Kini: Kepelbagaian dalam masyarakat mampu jadikan Asia rujukan dunia - MB

SHAH ALAM, 25 SEPT: Kepelbagaian dalam masyarakat sesebuah negara di Asia menjadi salah satu kekuatan untuk rantau ini bangkit dan menjadi rujukan dunia.

Dato’ Menteri Besar berkata Malaysia, Indonesia dan negara Asia lain mempunyai pelbagai latar belakang politik, agama dan budaya namun masih ditadbir dan bekerjasama dengan baik.

“Bukan tidak ada kekasaran tetapi ia tidak jadi perang saudara seperti di Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat.

“Perbezaan mampu menjadi kekuatan kepada rakyat dan juga bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Forum Kosmopolitan Nusantara di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Paramadina, Jakarta hari ini.

Amirudin menambah walaupun negara rantau ini mempunyai pelbagai sistem pentadbiran seperti beraja, demokrasi dan rejim tentera tetapi setiap daripadanya mengamalkan konsep menghormati dan saling memperingati antara satu sama lain.

“Kekuatan itu harus didorong dengan semangat kebersamaan. Dan kebersamaan itu didorong dengan keterbukaan terhadap perbezaan.

“Ini adalah sumber kekuatan yang harus kita bangunkan setelah rantau ini maju,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.