Inisiatif

Peristiwa
4/10/22
Isu
Selangor
Banjir

Selangor Kini: KDEBWM siap siaga lebih 1,800 anggota hadapi banjir

SHAH ALAM, 3 OKT: KDEB Waste Management (KDEBWM) bersiap siaga dengan lebih 1,800 anggota bagi menghadapi kemungkinan banjir hujung tahun ini.

Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata jumlah tersebut meliputi pekerja pembersihan dan kakitangan sokongan.

“Kita ada 500 lori RORO yang digerakkan jika berlaku banjir dan setiap kenderaan itu mempunyai tiga pekerja pembersihan termasuk pemandu yang menjadikannya seramai 1,500.

“Selain itu, kita ada kakitangan seramai 300 ke 350 orang. Mereka semua siap sedia untuk digerakkan ke lokasi sekiranya berlaku banjir,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, KDEBWM memaklumkan sebanyak 1,100 aset jenteranya akan digerakkan bagi berdepan kemungkinan banjir besar.

Semua jentera termasuk lori kompaktor itu akan digunakan secara menyeluruh di setiap kawasan banjir khususnya Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengenal pasti lapan daerah di Selangor sebagai lokasi kerap banjir iaitu Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.