Media

Peristiwa
15/4/24
Selangor

Selangor Kini: Jualan Ehsan Rahmah kembali Selasa ini selepas cuti Aidilfitri

SHAH ALAM, 14 APRIL: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kembali dianjur Selasa ini.

PKPS menerusi Facebook memaklumkan jualan barangan keperluan asas murah itu berehat dari 8 hingga 15 April sempena Aidilfitri.

“Jualan barangan keperluan asas pada harga murah kembali memulakan operasi jualan pada Selasa ini (16 April),” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.