Suara

Peristiwa
17/1/24
Isu
Selangor

Selangor Kini: Hasil negeri lebih sasaran, belanja kebajikan ditambah saban tahun

KUALA LANGAT, 16 JAN: Kejayaan Selangor mengutip hasil melebihi sasaran ditetapkan saban tahun membolehkan peruntukan kebajikan kepada rakyat ditambah.

Dato’ Menteri Besar berkata hasil negeri dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif termasuklah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang mengandungi 46 program.

“Contohnya tahun lepas kita berjaya kutip hasil RM2.7 bilion iaitu lebih RM700 juta daripada sasaran asal RM2 bilion. Pada 2022 kita kutip lebih RM500 juta daripada sasaran asal manakala 2021 kita kutip lebih RM300 juta dari sasaran.

“Sebab itu Kerajaan Negeri tidak pernah mengurangkan malah setiap tahun menambah peruntukan kebajikan dan program kemasyarakatan.

“Kita bantu mereka yang susah, tingkat keupayaan dan semangat dalam kalangan rakyat. Sikap tidak kedekut dengan rakyat telah bawa limpahan rezeki lebih banyak kepada negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika berucap pada sambutan perayaan Ponggal peringkat negeri di Kuala Langat malam tadi.

Sebelum ini Amirudin mengumumkan Selangor mengutip hasil RM2.7 bilion setakat 31 Disember lalu sekali gus melebihi sasaran ditetapkan manakala hasil negeri berakhir 31 Disember 2022 dan 2021 masing-masing RM2.57 juta dan RM2.3 juta.

Terdahulu, lebih 1,000 masyarakat India memeriahkan sambtan perayaan Ponggal peringkat Negeri di Padang Ladang Sungai Sedu, Banting di sini.

Di Malaysia pesta Ponggal merupakan perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh masyarakat India dan bertujuan memberi rehat kepada pesawah dan ternakan.

Ponggal menandakan permulaan bulan ‘Thai’ dalam kalendar Tamil dan disambut dengan penyediaan nasi manis untuk keluarga dan rakan tanda berterima kasih dengan hasil tuaian yang melimpah ruah.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.