Media

Ekonomi
21/3/23
Selangor

Selangor Kini: Capaian tinggi KDNK, 3.8 juta peluang kerja antara matlamat RS-1

PETALING JAYA, 20 MAC: Pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga tujuh peratus setiap tahun antara 14 matlamat yang terangkum dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

EXCO pelaburan berkata pelan pembangunan negeri itu mengandungi lebih 200 projek, yang turut meletakkan matlamat nilai perolehan pelaburan tinggi antara RM25 hingga RM35 bilion.

Menurut Dato’ Teng Chang Khim, kerangka untuk tempoh lima tahun itu juga bakal membuka lebih banyak peluang perniagaan selain menyasar antara 3.5 juta hingga 3.8 juta pekerjaan.

“Saya percaya pelan tindakan ini bakal merubah dan menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar dan makmur menjelang 2025,” katanya merasmikan Sidang Kemuncak Ekonomi Antarabangsa Selangor di sini hari ini.

RS-1 diumum pada Julai tahun lalu bagi membentuk ekonomi mampan dan cekal demi kesejahteraan rakyat selain mencapai hasrat negeri menyumbang 30 peratus KDNK pada 2025.

Rancangan bermula 2021 melibatkan beberapa projek mega antaranya Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan, Pembangunan Kawasan Sabak Bernam dan Gerbang Maritim Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.