Inisiatif

Peristiwa
17/8/22
Selangor

Selangor Kini: Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel terima ganjaran awal September

SHAH ALAM, 16 OGOS: Atlet Selangor yang cemerlang di Sukan SEA Hanoi dan Sukan Komanwel Birmingham bakal menerima insentif khas daripada Kerajaan Negeri awal bulan hadapan.

Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor berkata peruntukan bagi ganjaran  itu telah tersedia dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk diberikan.


“Sepatutnya kita berikan esok tetapi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor dan Dato’ Menteri Besar ada urusan di luar negara.

“Jadi majlis ini ditunda dan dijangka awal September semasa program penyerahan bendera bagi Sukan Malaysia (Sukma) nanti,” kata Mohamad Nizam Marjugi kepada SelangorKini.

Pada 15 Mei lalu, Kerajaan Negeri mempertimbang untuk memberi ganjaran kepada atlet Selangor yang mengharumkan nama negara pada Sukan SEA Ke-31.

EXCO generasi muda dan modal insan berkata bentuk ganjaran akan dibincang dengan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari terlebih dahulu.

“Kita ada cadangan itu (beri ganjaran) dan kita tunggu mereka pulang dahulu.

“Selangor hargai seperti sebelum ini pemberian kepada atlet Sukma dan insya-Allah untuk Sukan SEA pun begitu,” kata Mohd Khairuddin Othman.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.