Media

Ekonomi
25/9/20
Selangor
Belanjawan Selangor 2021

SELANGOR 2021: Pertanian, Pelancongan dan Agropelancongan

Fokus Belanjawan Selangor 2021 akan mementaskan pengupayaan, pengukuhan dan pengembangan 5 tonggak yang berpotensi tinggi dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Tonggak pertama dikenali sebagai Pertanian, Pelancongan dan Agropelancongan.

Tonggak ini bakal memberi tumpuan kepada pembangunan dan kelestarian sektor-sektor pertanian, pelancongan dan agropelancongan dengan mengambil kira kelebihan Selangor yang mempunyai pelbagai aset semulajadi dan modal insan yang berkualiti. Pelbagai idea bakal dilaksanakan bagi memastikan kelestarian untuk pekerja, pasaran, kesan pada alam sekitar dan kesejahteraan komuniti terlibat.

Saya menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada perancang Belanjawan Selangor 2021 dengan melontar idea di www.amirudinshari.com/selangor2021 bagi menjadikan tonggak ini lebih inklusif dan dinamik.

#Selangor2021

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.