Suara

Ucapan
28/4/20
Selangor

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1441 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t,

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh umat Islam di Selangor dan Malaysia. Semestinya, tahun ini Ramadan penuh dengan cabaran bukan sahaja dari cara persediaan malah juga cara beribadat. Namun, saya percaya yang musibah seperti landaan wabak Covid-19 akan membuatkan kita sebagai umat Islam lebih bersemangat dan cekal menghadapi ujian-Nya.

Bersama kita lakukan sedaya mungkin dalam memastikan ibadah kita lengkap di bulan Ramadan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Amalkan penjarakkan sosial bila berada di luar dan pertingkatkan pembersihan tangan dan badan.

Salam Ramadan tahun 1441 Hijrah buat semua, semoga kita mendapat keberkatan-Nya in sya Allah.

- YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.