Inisiatif

Peristiwa
22/5/24

Selamat Hari Wesak

Selamat Hari Wesak buat para penganut agama Buddha di  Selangor dan juga seluruh Malaysia. Hari Wesak merupakan perayaan penting bagi penganut agama Buddha yang melambangkan pencerahan selepas melalui kegelapan -- ianya simbolik dengan perjalanan hidup Gautama Buddha secara amnya.

Pada hari Wesak, penganut agama Buddha di negeri Selangor akan mengunjungi kuil-kuil untuk memberi penghormatan kepada Gautama Buddha serta melafazkan Tisarana sebagai tanda memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran dan contoh Buddha. Saya doakan semua proses ibadah dan upacara mereka yang menyambut perayaan ini berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Ianya satu lumrah di Negeri Selangor di mana masyarakat berbilang kaum dan agama meraikan perayaan dengan meriah dan harmoni.

Mewakili Kerajaan Negeri Selangor, saya ucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh komuniti Buddha di Selangor dan Malaysia.

#KitaSelangor

#Wesak

May be an image of text that says '#KitaSelangar elangr SELAMAT HARI WESAK 22 MEI 2024 DATO DATO'SERIAMIRUDINSHARI SERI AMIRUDIN SHARI Dato' Menteri Besar Selangor Ahli Par rlimen Gombak'
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.