Inisiatif

Peristiwa
28/9/20
Isu
Selangor

Selamat Hari Sungai Sedunia

Hari Sungai Sedunia disambut bagi melahirkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap sungai kita. Kerajaan Negeri terus bersemangat dalam memelihara dan memulihara sungai menerusi pelbagai inisiatif dan perancangan.

Contohnya, Gerbang Maritim Selangor (SMG) yang terdiri daripada 3 fasa adalah projek pengindahan sungai yang sedang berjalan. Salah satu komponen dalam fasa pertama ialah pembersihan Sungai Klang dan berjaya mengurangkan sampah daripada 1,200 ke 800 ton metrik sebulan menggunakan teknologi The Interceptor.

Anda juga boleh melibatkan diri dalam pemeliharaan sungai dengan menyertai komuniti hijau yang dikenali sebagai Friends of River. Pengupayaan komuniti sebegini  akan menjamin kelestarian sungai kita dengan penglibatan langsung sukarelawan komuniti dalam memelihara sungai.

Bagi membanteras perbuatan pencemaran sungai sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air, Kerajaan Negeri merancang untuk meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999 yang bakal dibentangkan pada persidangan Dewan Negeri Selangor pada November. Pesalah pencemaran sungai di Selangor boleh didenda hingga RM1 juta jika cadangan pindaan ini diluluskan.

Selamat Hari Sungai Sedunia dan ayuh kita pelihara khazanah kita ini demi masa depan bersama.

#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.