Inisiatif

COVID-19
7/5/21
Isu
Selangor
STFC19

Saringan COVID-19 Komuniti PERCUMA di Setiap DUN di Selangor

Kes-kes baru di Selangor meningkat selama beberapa minggu sehingga melebihi paras 1,200 kes positif pada mutakhir ini. Kerajaan Negeri peka dan merangka lagi tindakan lebih proaktif bagi mengelakkan gelombang ke-4 benar-benar menjadi realiti.

1. Pelan Tindakan Kesihatan Awam Negeri Selangor telah melaksanakan program mengesan kes positif secara aktif bagi memulakan Fasa Mitigasi Wabak Pandemik COVID-19 Negeri Selangor.
2. Saringan Komuniti Bersasar diberikan untuk warga Selangor secara percuma bermula 8 Mei sehingga 10 Jun di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan sasaran 2 DUN dalam 1 hari. Saringan akan bermula pada 8 Mei di DUN Kajang dan DUN Semenyih manakala seterusnya 9 Mei di DUN Sungai Ramal dan DUN Balakong.
3. Saringan ini merupakan langkah mengesan ramai individu yang positif tetapi tidak bergejala atau digelar pembawa penyakit senyap di mana mereka menyebabkan perebakan berleluasa.
4. Kerajaan Negeri terus menggunapakai prinsip FTTIS (Find, Trace, Test, Isolate, Support System) sebagai strategi mengawal perebakan.

Kita boleh menang dalam peperangan melawan COVID-19 ini. Ajak keluarga serta rakan-rakan untuk menghadiri saringan percuma, pengesanan jangkitan lebih awal mampu mempercepatkan kemenangan kita.

Ketahui lokasi dan tarikh khidmat saringan percuma berdekatan anda di www.amirudinshari.com/saringan-covid19

#SelangorGempurCOVID19

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.