Inisiatif

Peristiwa
28/9/23

Salam Maulidur Rasul

Sesungguhnya kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW membawa cahaya dan kegemilangan ke serata alam. Baginda Nabi SAW adalah pembawa petunjuk dan kebaikan, seorang sosok yang menjadi contoh, ikutan dan panduan buat seluruh umat.

Ya Allah kau teguhkan hati kami dalam AgamaMu, tanam dan suburkan perasaan cinta dalam hati kami terhadap KekasihMu, Muhammad SAW. Semoga Sunnah dan ajaran Baginda SAW terus menjadi ikutan dan sandaran kami hingga akhir zaman.

Firman Allah SWT

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.”

Surah al-Ahzab ayat 56

Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad

May be an image of 1 person and text


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.